Hujung minggu hari tu buat mee goreng basah. lagi nak kongsi resipi. hee. simple je buat ni dan boleh makan untuk seisi keluarga. ni la rupa mee goreng basah tu lepas siap goreng heehehe..
Ni la resipinya.
Bahan2:
1 bungkus Mee Kuning
3 keping sosej
ayam di hiris kecil2
2 biji bawang besar (Mayang)
2 ulas bawang putih (ketuk)
2 sudu lada giling
1 sudu kicap
1 sudu cuka
1 sudu sos tiram
1 sos cili
1 biji telur
sayur kobis
taugeh
cara2 buat:
1. Mayang bawang besar dan bawang putih. Sehingga separuh masak
2. Masukkan ayam. Masak sehingga separuh masak
3. Masukkan lada giling. Masak sehingga pecah minyak
4. masukkan kicap, cuka,sos tiram, sos cili. Garam + gula
5. Masukkan sosej dan kacau sehingga masak
6. kemudian masukkan air mengikut citarasa. Kalau nak basah, lebihkan air sebab mee akan kembang.
7. Tunggu sehingga air mengelegak, kemudian masukkan mee kuning. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan telur dan kacau.Kemudian masukkan sayur kobis dan taugeh.
9. Kacau sehingga masak.
10. Boleh makan. Hee...
Senang sje. Boleh ditambah udang,sotong dan lain2 kalau mahu. Ikut citarasa masing2.
Finish!
Monday, June 17, 2013
Wednesday, June 12, 2013
Mee Kari Udang style Iza
Hari tu try buat Mee Kari Udang. 1st time buat. Jadi jugak and sedap hohoho... Perasan. Just nak senaraikan bahan2 dan cara buat. Supaya lain kali boleh buat lagi hiihii..
Bahan-bahan: makan (3 - 4 org)
1. Mee kuning
2. 15 ekor udang size kecil/sederhana (ikut suka) -direbus
3. 10 ekor udang size besar
4. satu paket keropok ikan
5. satu paket bebola ikan
6. kangkung / sawi (saya guna kangkung sbb x makan sawi)
7. satu paket kecil santan
8. satu paket kecil serbuk kari
9. tauge
10. 1 biji bawang merah size besar + 1 biji bawang merah size kecil (kisar)
11. 2 ulas bawang putih (kisar)
12. 1 inci halia (kisar)
13. 1 sudu lada kering kisar/ lada giling
14. garam & gula (perisa), asam keping
15. 1 biji bunga lawang + 2 biji bunga cengkih + sedikit kulit kayu manis + 1 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
1. Kisar bawang merah + halia + bawang putih
2. kisar udang kecil yang telah direbus bersama dengan kulit + sedikit bebola ikan + sedikit keropok ikan
3. campurkan serbuk kari + lada giling + air
Cara- cara:
Cara sediakan Kuah
1. Tumis bahan 15 sampai naik bau
2. kemudian, campurkan bahan kisar 1 dan tumis bersama -sama bahan 15. tunggu sehingga bawang kekuningan (masak) p/s: kalau x masak nnti sakit perut :)
3. Kemudian, campurkan bahan kisar 3. tumis sehingga pecah minyak.
4. kemudian, campurkan bahan kisar 2 + udang size besar + keropok ikan + bebola ikan. Kacau sebati sehingga udang masak
5. Setelah udang masak (kemerahan), masukkan santan dan air
6. Kacau sebati. masukkan perisa garam+gula+ sedikit asam keping mengikut cita rasa.
7. tunggu sehingga masak sambil kacau.
cara sediakan mee
1. celur ( Mee kuning, kangkung dan tauge )
2. rebus telur
3. campurkan mee, kangkung, tauge, telur rebus + kuah kari
Dah boleh makan..Hoho...

Subscribe to:
Posts (Atom)